Ahad, 13 Januari 2013

Asal Usul Kuala Lipis

Asal Usul Kuala Lipis
HIKAYAT NAMA TEMPAT DI NEGERI PAHANG (KUALA LIPIS)





KUALA LIPIS
Kuala lipis terletak di kuala dua batang sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. 




Ada dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat
namanya.

Cerita pertama mengatakan bahawa nama 
Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-
tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada
masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah serau
lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan
berbunga putih.


Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal
daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai 
adalah alat perhubungan yang terpenting bagi
masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai
Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke 
mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke
mana-mana.





Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke
bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas 
(Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan 
perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ 
dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis
atau Kolepih mengikut loghat orang-orang
Kuala Lipis.

Kuala Lipis menggantikan Pekan sebagai ibu 
negeri Pahang pada Jun 1898.




Pada 27 Ogos1955, ibu negeri Pahang berpindah pula ke Kuantan. 




Bangunan Kelab Pahang (Pahang Club) merupakan bangunan kerajaan yang pertama di Kuala Lipis. Bangunan ini asalnya ialah rumah residen Pahang pada masa itu, Sir Hugh  Clifford.


Istana Hinggap yang pertama dibina pada tahun
1926 pernah dijadikan kediaman pegawai 
British, kemudian menjadi kediaman Menteri 
Besar Pahang pertama, Datuk Sir mahmud Mat 
dan penggantinya, tengku Panglima Perang 
Pahang, Tengku Mohd Almarhum Sultan Zainal
Abidin III.



Pada 20 April 1954, berlangsung pula di situ 
upacara perkahwinan Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah dengan Tengku Afzan Tengku
Muhammad.

Di Kuala Lipis juga terdapat sekolah menengah 
yang tertua di Pahang iaitu Government English 
School (Sekolah Inggeris kerajaan). 


Sekolah ini asalnya sebuah rumah kayu beratap nipah dengan bilangan muridnya seramai dua belas orang. Pada tahun 1919, sekolah ini mendapat bangunan baru.


Perasmian sekolah ini dilakukan pada 1929 oleh residen Inggeris pada waktu itu, Sir Hugh Clifford.


Antara makanan istimewa orang kuala lipis ialah sambal hitam goreng..





Keluarga Penulis Melawat MELAKA 2012







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan