Sabtu, 1 November 2014








TERIMA KASIH DS.DIRAJA KERANA MEMBERI CUTI PERISTIWA KEPADA KAMI DI PAHANG SEMPENA KEJAYAAN SQUAD TOK GAJAH MENGALAHKAN JDT





AHAD, 2 NOVEMBER 2014 @ 12:51 AM
Kerajaan Pahang umum cuti Isnin sempena menang Piala Malaysia

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan skuad bola sepak negeri menjuarai Piala Malaysia 2014.

Beliau berkata, pengumuman itu dibuat dengan mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat.

"Menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) sebentar tadi.

Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan semua pegawai dan guru yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini pada 3 November hendaklah meneruskan tugas seperti biasa.


"Semua pelajar yang terbabit juga mesti menduduki Peperiksaan SPM," katanya.

Pahang berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
http://w2.bharian.com.my/node/15095
http://inggerismudahpantas.blogspot.com/
Salam..

Kejayaan adalah milik pahang dalam perlawaan akhir piala malaysia 2014.Sekali lagi tok gajah membawa balik piala kebangaan bolasepak malaysia.

Syabas kepada jurulatih pahang..Zainal Abdin Hasan..aku yang tak berapa minat bola pun dah jadi minat bila menonton siaran langsung sebelumnya.

Disini aku nak pesan kepada semua peminat bola yang meraikan kejayaan pahang, perlu berhati hati dalam perjalan pulang..pastikan keselamatan jalanraya dipatuhi..

Hogoh Tok Gajah Hogoh