Isnin, 24 Disember 2012


PERNAHKAH ANDA BERKUNJUNG KE DAERAH INI ?

Kalau belum pernah lagi "SELAMAT DATANG KE KUALA LIPIS"..

Latar Belakang Lipis

Sejarah Ringkas Daerah Lipis:.



Tahun
Sejarah
Sejarah Awal Sebelum 1800 Masihi
1470M Hingga 1699M
  • Diperintah oleh Raja-Raja Pahang berketurunan Raja Melaka dan Johor Riau.
  • Orang Minangkabau yang berhijrah ke kawasan tebing sungai sekitar Hulu Pahang – mempengaruhi sistem politik dan budaya.
  • Kewujudan emas antara faktor utama penghijrahan orang Minang ke  Hulu Pahang. Mereka dikatakan menghulu Sungai Muar dan mudek Sg Pahang.


Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.
Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini.


Kuala Lipis terdiri daripada sepuluh mukim.
Mukim Gua,Mukim Kuala Lipis,Mukim Penjom,Mukim Tanjung Besar, Mukim Telang,Mukim Cheka,Mukim Kechau,Mukim Batu Yon,Mukim Ulu Jelai dan Mukim Budu.
Keluasan Kuala Lipis adalah 527,861 hektar (5198 KMP)

Merupakan Daerah terbesar selepas Daerah Jerantut dan Rompin.

Makanan Tradisional Orang Kuala Lipis ialah Nasi Kebuli,Sambal Hitam,Keladi Kemahang,Pulut Rendang Hitam dsb...


Produk Kuala Lipis:-Gula Kabung
Gula yang diperoleh daripada pokok kabung 
Merupakan sejenis bahan campuran dalam kuih-muih yang terkenal di daerah
Lipis.

Antara kuih-muih yang lazim dicampur gula kabung termasuk dodol, kuih koci, lepat, nasi manis, pengat dan inti kuih.
GAMBAR PENULIS BLOG... 



Penulis ingin memperkenalkan sebuah Kampung Pinggiran Sungai Jelai yang terletak lebih kurang 30 Km daripada Kuala Lipis.

Kampung yang dimaksudkan ialah Kampung Gemunchor.

Kampung ini dahulunya di huni oleh penduduk yang ramai.Namun akibat ketiadaan Jalan Darat dan perhubungan penduduk adalah melalui sungai jelai, maka penghijrahan belaku.

Sementelahan pula kebanyakan penduduk yang mendiami kampung ini adalah di usia emas.

Anak-anak yang belajar dan mendapat pendidikan di luar, terus meninggalkan kampung ini tanpa pewaris dan antara mereka telah berkahwin dan bermaustautin di kawasan bandar.

Tinggalah kampung ini sepi tanpa hingau bingau penduduk lagi.

Namun....

sebenarnya kampung ini mempunyai banyak warisan sejarah yang patut di perihalkan kepada umum khasnya generasi sekarang.

Dikampung ini terdapat sebuah rumah Tradisional Melayu Pahang yang dibina sekitar tahun 20an dan masih berdiri teguh.





Rumah ini dibina menggunakan kayu merbau dan pembinaanya menggunakan sepenuh tenaga manusia.

Kayu yang digunakan diambil dari hutan berhampiran sehingga menbentuk kepingan papan yang begitu indah seninya..

Pernah memenangi hadiah pertama dalam PERTANDINGAN RUMAH TRADISIONAL MELAYU PAHANG TAHUN 1985" dan mejuarai tempat pertama.

Kini, rumah ini terbiar usang dek kerana tiada perhubungan darat untuk kekampung ini.

Pernah juga dalam tahun lepas, usaha membersihkan kawasan rumah dilakukan oleh keluarga pemilik dan sewaktu itu perhubungannya adalah menggunakan jambatan balak yang kini telah roboh di landa arus banjir.

Aset berharga ini menjadi artikel kesayangan penulis kerana pemilik rumah tersebut adalah ayahnda kepada penulis iaitu "ARWAH HAJI ABDUL RAHMAN BIN MAT SALLEH" yang telah kembali kerahmahmatullah pada tahun 1999 akibat serangan angin ahmar..

Penulis berusaha untuk memulihara warisan budaya bangsa melayu ini supaya tidak hilang ditelan zaman.

Penulis berharap  kampung ini diharapkan akan menjadi tempat yang menarik di masa akan datang kerana sekarang kerja-kerja "MEMBINA JAMBATAN MENYEBERANGI SUNGAI JELAI KE KAMPUNG GEMUNCHOR" sedang giat dijalankan.

Ibarat lilin membakar diri, penulis berharap usaha untuk membangunkan Kampung Gemunchor,Mela,Kuala Lipis ini akan menghasilkan kejayaan demi untuk memajukan tempat tumpah darah kelahirannya..

Namun segala usaha akan menghadapi kesulitan jika tiada sokongan daripada pihak yang terlibat dan perhubungan darat tidak di perbaiki setanding dengan kemajuan negara sekarang.

Untuk pengetahuan juga, Kampung Gemunchor ini adalah setanah dengan Taman Negara Kuala Tahan dan kampung-kampung lain.

Barsempadanan dengan Terengganu.

Pernah menjadi kawasan pembalakan terbesar sekitar tahun 80an dahulu.Sehingga kini hasil pembalakan masih menjadi hasil utama kawasan ini.

Akibat pembalakan ini, penduduk menggunakan ihsan jambatan yang ada untuk keluar ke pekan Mela dan sekitarnya untuk mencari keperluan harian juga menjual hasil pertanian. 

Kesusahan perhubungan penduduk akan bertambah sekiranya musim tengkujuh kerana jambatan balak ini akan terputus akibat dilanggar oleh sampah sarap yang melalui kawasan tersebut.

Dengan jumlah penduduk yang agak minima,penulis berharap agar usaha digembelingkan agar kemudahan perhubungan di tingkatkan dan memberi kesedaran kepada waris dan keturunan anak kelahiran kampung ini kembali semula atau sekurang-kurangnya melihat semula keistimewaan yang telah diabaikan dan ditinggalkan..

Marilah bersama-sama kita berusaha untuk menjadikan kampung ini terletak di ruang utama di mata dunia...

Sekian.terima kasih....




MAKANAN KEGEMARAN ORANG LIPIS