Rabu, 16 Januari 2013

Kuala Lipis

Kuala Lipis

Rumah Rehat Residen di Kuala Lipis yang dibina pada 1867, Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis yang didirikan pada 1913 selain Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Lipis dan Pahang Club Kuala Lipis menjadi tarikan pelancongan di bandar Kuala Lipis ini. 


Kuala Lipis Juga kampung halaman penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.Juga KUala Lipis mempunyai  rekod dengan Batu Tanda Kosong atau Zero Miles Stone.
Terletak berdekatan pejabat pos di tengah bandar, ia menjadi ukuran jarak tempat standard di negara ini. 

Batu ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Pahang dan kiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Kata-kata seperti 'ada kilometer kosong rupanya kat Lipis'' daripada mulut warga luar sering terdengar apabila batu yang mempunyai kedudukan istimewa ini.

Kuala Lipis dengan keluasan 527,861 hektar adalah daerah ketiga terbesar Pahang selepas Jerantut dan Rompin.

Sebahagian kawasannya Kuala Lipis dilitupi alam semula jadi seperti hutan simpan, hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Bagi peminat aktiviti lasak, anda boleh meneroka Gua Bama di mukim Telang dan Taman Rimba Kenong di Hutan Simpan Yong di Kuala Lipis . Ia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna serta landskap semula jadi yang belum diterokai sepenuhnya di Kuala Lipis.

Kuala Lipis turut menyimpan keindahan gua batu kapur di Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangga, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau. Ia menjadi tumpuan aktiviti jelajah gua, perkelahan, fotografi dan kayak di Kuala Lipis.

Aktiviti sama boleh dilakukan di Kuala Lipis di Tasik Empang Jaleh berkeluasan 73.74 hektar di Lebuhraya Timur Barat dan Taman Rekreasi Sungai Yu di mukim Batu Yon kerana aliran air sungainya yang bersih dan jernih.

Selain itu, Hutan Lipur Ulu Jerangsang Kuala Lipis (Lata Serondong) di Hutan Simpan Bukit Taching dan Pusat Rekreasi Air Jeram Besu turut menawarkan percutian rekreasi cukup menarik jika anda gemarkan aktiviti lasak.

Hutan Simpan Bukit Taching yang dibangunkan sebagai produk pelancongan pada awal 90-an kini popular dengan penemuan bunga terbesar dunia, bunga pakma atau Rafflesia.

Anda boleh meneroka keindahan Taman Negara Kuala Lipis menerusi pintu masuk Merapoh. Dan, jangan lupa melawat santuari kelah bagi merasai pengalaman berenang bersama ratusan ikan air tawar.

Jika bermalam di Taman Negara Kuala Lipis, pastikan anda menyertai acara merentas denai untuk melihat aktiviti hidupan liar.



Kawasan Gua Gajah dan Gua Peningat menjadi tumpuan pelbagai spesies burung di Kuala Lipis.

Kini, Kuala Lipis kian mendapat tumpuan peminat sukan motor lasak di litar Taman Tasik Burung Mandi. Dengan cerun curam dan litar berselut, ia memberikan halangan semula jadi kepada pelumba.



Jika mahu merasai percutian dalam suasana desa, Homestay Kuala Medang di mukim Ulu Jelai memang popular di kalangan pelancong asing.






Kuala Medang di Kuala Lipis adalah kampung tradisional di pedalaman, jauh dari kesibukan kehidupan kota. Inilah peluang melihat pemandangan indah, jeram dan pokok bakau.


Mereka yang datang bersama ahli keluarga boleh membawa anak kecil ke Zoo Kuala Lipis di Bukit Bius, Kuala Lipis. Ia memiliki tarikan musang jebat dan beruk Jepun.





Banyak lagi yang menarik mengenai Kuala Lipis jika berpeluang merasai sendiri. Jadi, hantar borang cuti, sediakan bajet mencukupi untuk berseronok sepuas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan