Khamis, 29 Januari 2015





Belajar Bahasa Inggeris: TENSES




Saya menerima banyak email bertanyakan asas "TENSES". Sebelum ini saya telah maklumkan sedikit berkenaan "Tenses" ini tapi post tersebut telah jauh ke belakang. Kalau anda rajin cuba cari :)

Tetapi, sekali lagi saya akan beri sedikit ilmu berkenaan "Tenses" ini.Jom belajar bahasa inggeris asas "Tenses".
Talk In English Is So Fun!

1) Simple Present Tense

- Menjelaskan peristiwa yang terjadi pada waktu sekarang dalam bentuk sederhana atau suatu pekerjaan/perbuatan yang dilakukan berulang-ulang atau kebiasaan sehari-hari, atau peristiwa/perbuatan yang tidak ada kaitannya dengan waktu.



Penggunaan: I/we/you/they + infinitive (bentuk dasar kerja)
He/she/it + infinitive + s

Contoh ayat: 1) i go to school every day
(saya pergi ke sekolah setiap hari)

2) the sun rises in the east
(matahari terbit di sebelah timur)


2) Present Continuous Tense

- Menerangkan suatu perbuatan yang sedang berlaku pada masa sekarang, menyatakan perbuatan yang bersifat sementara dan menyatakan perbuatan yang bermaksud pada waktu yang akan datang.

Penggunaan: to be (am, are, is) + present participle (bentuk - ing)

Contoh ayat: 1) They are studying history now
(mereka sedang mempelajari sejarah sekarang)

2) She is watching tv now, but she will sleep soon
(dia sedang menonton televisyen sekarang, tetapi dia akan tidur sekejap lagi)


3) Present Perfect Tense

- Menerangkan peristiwa yang telah terjadi pada waktu lampau yang masih ada hubungannya dengan masa sekarang, namun waktu terjadinya tidak diketahui.

Penggunaan: I/we/you/they + have + past participle
He/she/it + has + past participle

Contoh ayat: 1) I have lived here for three years
(saya telah tinggal di sini selama 3 tahun)

2) I have already seen him
(saya telah menjumpainya)


** Dalam masa terdekat ini saya akan berikan lagi asas "Tenses" kerana kesuntukan masa dengan komitmen :)

** Sentiasa PEKA dengan update daripada kami.

** Anda nak sangat belajar bahasa inggeris dengan cara mudah dan pantas? Dapatkan di web rasmi kami

LAWATI KAMI DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan