Kuala lipis terletak di kuala dua batang sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis.
Ada dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat namanya.
Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu.
Tumbuhan tersebut ialah serau lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.
Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’.
Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari.
Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.
Terdapat satu lagi versi dari mana nama Kuala Lipis didapati.Nama “Lipis” juga adalah dipercayai diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Serau Lipis ( Pavetta indica).
Memandangkan lokasi bandar ini terletak di kuala Sungai Lipis, maka ia dinamakan Kuala LipisSebelum kedatangan orang Inggeris pada tahun 1887, Kuala Lipis menjadi pusat perdagangan bagi emas, jelutung dan lain-lain hasil daripada hutan sekitarnya.Daerah ini dahulu dikenali Pahang Hulu atau Jelai, ianya diperintah oleh Maharaja Indera Perba Jelai merupakan gelaran bagi salah seorang Orang Besar Berempat di negeri Pahang dan Orang Kaya Indera Lipis (Orang Kaya Haji) memerintah di Kuala Lipis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan